Trivia Feminin (kumpulan)

  • Anggota kumpulan Feminin pada asalnya adalah penari sebelum menceburi bidang seni. Aktiviti mereka diuruskan oleh Edd Razhe sejak mereka menjadi penari lagi.
  • As (Asfarina) dan Watie (Rozilawati) adalah adik-beradik.
  • Kumpulan KRU banyak mendorong kepada kejayaan Feminin apabila Yusry & Edry menyumbangkan dua lagu hit iaitu lagu Untukmu (1992) & Kini (1994).
  • As telah mendirikan rumahtangga dengan lagenda bola sepak Selangor iaitu Azman Adnan pada tahun 2004. Kehidupan mereka kini diserikan dengan kehadiran empat cahaya mata.
  • Yatie (Andriaty) yang pernah melanjutkan pengajiannya di UiTM Arau kini bekerja sebagai salah seorang pegawai di syarikat penerbangan Malindo Air.
  • Feminin menjadi trendsetter kepada peminat mereka dan juga artis berkumpulan wanita yang muncul selepas mereka seperti Elite. Ini disebabkan imej yang dibawa mereka menjadi ikutan ramai wanita pada waktu itu.